Angan-angan

Akhirnya!tertunai jugak hajat aku nak buat biskut merry hari ni..puas hati aku...hahahahaha (ketawa riak),walaupun sebelum aku buat biskut merry ni my sayang aku cakap aku punya biskut merry tak kan jadi dan akan jadi telur dadar perisa koko sebab ada campuran telur dalam resipi biskut merry aku ni...

Setelah aku berusaha buat ianya menjadi!!!bukan telur dadar perisa koko TAPI biskut merry yang selalu aku berangan tu....

Ok nak kongsi..ni la aku punya resipi biskut merry...


  • 250g biskut marie 
  • 125g mentega
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cmca besar penuh sebuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 cmca teh esen vanilla
Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega dalam satu bekas,gaul sehingga rata
  2. Pasang api dalam kadar sederhana,masukkan mentega dan bahan-bahan yang digaul tadi
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat
  4. masukkan biskut marie gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan,matikan api
  5. Letak dalam bekas /loyang,tekan sedikit dan ratakan 
  6. masukkan dalam peti sejuk,setelah keras bolah la makan...
Selamt mencuba!Layannn....

No comments:

Post a Comment