Angan-angan

Akhirnya!tertunai jugak hajat aku nak buat biskut merry hari ni..puas hati aku...hahahahaha (ketawa riak),walaupun sebelum aku buat biskut merry ni my sayang aku cakap aku punya biskut merry tak kan jadi dan akan jadi telur dadar perisa koko sebab ada campuran telur dalam resipi biskut merry aku ni...

Setelah aku berusaha buat ianya menjadi!!!bukan telur dadar perisa koko TAPI biskut merry yang selalu aku berangan tu....

Ok nak kongsi..ni la aku punya resipi biskut merry...


  • 250g biskut marie 
  • 125g mentega
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan milo
  • 1 1/2 cmca besar penuh sebuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 cmca teh esen vanilla
Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega dalam satu bekas,gaul sehingga rata
  2. Pasang api dalam kadar sederhana,masukkan mentega dan bahan-bahan yang digaul tadi
  3. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat
  4. masukkan biskut marie gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan,matikan api
  5. Letak dalam bekas /loyang,tekan sedikit dan ratakan 
  6. masukkan dalam peti sejuk,setelah keras bolah la makan...
Selamt mencuba!Layannn....

Baby Guppy...

Ok hari ni masih cerita lagi pasal ikan guppy aku yang mengandung tu dan baby-baby nya....dua hari lepas masih lagi berbaki 9ekor yang belum beranak...hari ni tinggal lagi 2ekor je yang belum beranak yang lagi 7ekor tu da selamat beranak dua hari lepas...

banyak wow baby ikan guppy aku...best tengok bila la nak besar..tak sabar la..hahaha

Layan.....

Tiger Fish & Baby Guppy...

Sejak akhir-akhir ni aku busy sangat...penat beb..nak tau kenapa??jom story..

Cerita Sedih...

Ok..lima hari lepas my sayang aku ada la beli ikan tiger fish..ganas seh ikan ni suke beno lompat-lompat takut aku dibuat nya..lepas tu dapat bele tiga hari je lepas tu ikan tu mati beramai-ramai masa my sayang aku tukar air kt akurium dia...terkilan gile my sayang aku mati satu tak apa la lagi ni tak mati semua lak tu..huhuhuhu...

Cerita Gembira....!!!

Sehari lepas ikan tiger fish my sayang aku mati beramai-ramai (kematian yang bergitu tragis)..ikan guppy aku yang mengandung 17 ekor yang aku dah asingkan tu 3ekor dah pun beranak..yahooo!!!best wooo...hari ni lagi 5ekor ikan guppy aku beranak..penat la jugak jadi bidan..tapi puas hati..hehehe..

Lagi 9ekor aku tengah tunggu...entah bila la beranak nya tu..k la layan...


ikan tiger fish yang mati beramai-ramai hari tu....



Pelik tapi BENAR...

Sejak akhir-akhir ni aku tengok my sayang aku ni macam tak betul pun ada(hoho..tak baik kau)..bukan apa selalu bagi ikan makan jugak tapi tak ada la cakap macam ni

My sayang : baby papa lapar ya??meh makan..mama tak bagi makan ea ala kesian dia..(sambil bagi makan)

Ikan : ............

Aku : ????

Layannn....

Malang yang tak ada bau...

Mood : sedih + sakit hati + marah = blurrrr

Dah aku tak nak cerita!layan....

Novel...layannn

Selamat tahun baru!!....walaupun dah seminggu berlalu tapi masih tahun barukan,da lama tak jenguk blog ni maklumla aku kan 'mem besar' dalam rumah aku ni...

Sejak akhir-akhir ni aku syok sangat layan tabiat lama aku iaitu baca novel...sampai telupa nak bagi makan kat ikan-ikan aku dan nak buat semua kerja rumah pun malas...hahaha..my sayang aku cakap aku dah terkena rasukan hantu novel bahaya kata nya..aku pun tak tahu tahap mana bahaya nya tapi aku rasa best...hahaha

Gila!!

Ni semua gara-gara tengok movie ombak rindu tu yang tetiba aku teringin nak baca novel serta menghayatinya(hahaha...jiwang sudah)

Huhh..layan!