Buang Habuk!!!!ffuuuhhhhh!!!!!

Hai korang!!lama tak online blog ni berhabuk sudah kan...haha..lebih 6bulan jugak tak online kan sebab aku buzy sangat sambung study...biase la da jadi student semula conpem la kan banyak homework,assigment,tutorial ditambah dengan praktikal memang tak sempat la nak beronline ni...

Kehidupan sebagai student setelah berstatus 'wife' biase jek la tak ada yang luar biase pon...member - member baru yang ok giler!budak umah yang best giler!korang memang the best la...thanks la korang make me smile je hari - hari...aku harap smile ni akan berpanjangan sampai aku LJM dan sampai bile - bile dengan korang...

like...like..like

So now ni memang la kena bagi-bagi masa untuk belajar dan tanggungjawab sebagai wife pada chenta hatiku!!!mule-mule memang la payahkan sebab rindu wow,dulu hari-hari depan mate sekarang hujung minggu jek baru jumpe tapi da dekat 6bulan lebih ni dah ok la kan...demi mengejar impian tak pew la bukan lame pon...

Ermm...ikan laga aku???ade lagi,my sayang aku la yang jagakan sape lagikan...buat teman my sayang aku pulak,ni tengah berura-ura nak bela ikan kat hostel...masih dalam perancangan ada rezeki dapat la aku dok layan hobi aku tu....

Ok la esok ada kelas so kena tido awal!!!

Jom layan sayang-sayang aku!!!


adk mucuk!!!


adk syg!!!


mia yayang!!!
 

umah sweet!!
Thanks korang!!korang the best la!!
Sayang korang ketat-ketat,
Tapi aku lagi sayang chenta hati aku...
Jangan marah...:)


Cerita Ikan Laga...

Hai...hari ni nak cerita lagi pasal ikan laga aku dan my sayang aku la...ikan laga kami semua nya sihat-sihat je,ok sblm ni aku ada cerita pasal ikan laga aku dan telur-telur dia tukan??skrg ni telur tu smua dah pun menetas dan anak ikan tu memang kecik sangat my sayang aku je yang nampak..aku tak nampak sebab rabun la..hehehe,sekarang ikan tu da seminggu lebih la umur dia tp masih lagi nampak kecil sangat..tak macam anak ikan guppy....hai..bila la nak besar ni xsabar la nak tengok die besar...

Nak cerita lagi ni semalam my sayang aku dew jumpe member lama dia dan tak sangka pulak yang member lama dia ni dok bela ikan laga jugak...tapi dia punya da banyak dan da banyak yang dia kawin kn sendiri...my sayang aku cakap banyak la jugak ikan die,so dia bagi la my sayang aku tips macam mana nak bagi anak ikan cepat besar dan 'hadiah' iaitu sekor ikan laga jantan dan betina..hohoho

Tips nya ialah!!!!senang je bagi dia makan telur kuning yang dah pun direbus..haa!!senangkan?so kalau ada yang nak cuba selamat mencuba k...bukan setakat anak ikan je boleh bagi makan telur kuning rebus ni,ikan laga yang dah besar pun boleh bagi...kami dah try dan hasilnya ikan laga nampak lebih cantik dan warna nya lebih menyerlah gitu..hahahaha...

Sekarang my sayang aku lebih suka duduk mengadap ikan laga dari tengok tv..hehehe...aku pun sama dok angkut lappy kesayangan aku ni ngadap ikan-ikan laga ni..hehehe,kalau rasa bosan tengok jek ikan laga ni berenang...tenang je..syok habis la!

Ok la..layan k!!!!

Cicak terbang / flying dragon lizard

Ok hari ni aku nak cerita pasal cicak terbang...semalam my sayang aku ada bawak balik cicak..dia cakap cicak ni nampak unik tu yang dia bawak balik...my sayang aku cakap cicak ni boleh terbang sebab masa dia jumpa dan nak ambil cicak ni cicak ni boleh terbang....

So my sayang bawak la balik...aku pun apa lagi nak tahu punya pasal aku google la apa lagi...google punya google jumpa!nak bela nak tahu jugak dia kena makan apa,tempat tinggal dia dll...tapi yang paling penting makanan dia kalau tak tahu makan apa mati la cicak tu nanti...

Lepas google aku dan my sayang aku pun buat ujikaji la apa lagi...hahaha..nak tengok kepak dia punya pasal kitaorang pun paksa dia bukak kepak dia dan hasil nya!!!...

Ok jom layan gambar ni...

dia kembang secara tiba-tiba










Boleh ke??

Mesti nak tahukan apa yang boleh ke??hehehe....ini ditujukan khas untuk dua ekor ikan laga bujang aku yang baru 'kahwin' tu la...bini-bini dia da bertelur,bersorak la my sayang aku...lepas asingkan si laga betina my sayang aku asyik dok tengok je takut ikan laga bujang aku tu makan telur dia sendiri dia kata...

Ok mesti pelik kan sebab sebelum ni aku ada cakap yang ikan laga jantan ni akan jaga telur-telur dia TAPI jangan tak tahu pulak kadang-kadang ikan laga jantan ni sebenarnya tak pandai jaga telur dia mungkin faktor umur atau pengalaman ( first time),hehehe..kadang-kadang kelakar jugak kan bila dengar macam-macam kerenah....jangan salah faham pulak tak semua ikan laga jantan ni tak reti jaga telur mereka tau.

Tapi tak pe kita tunggu dan lihat apa yang terjadi pada ikan laga aku yang tengah jaga telur-telur dia...adakah telur-telur tu dapat menetas dengan jayanya ataupun tak...

Boleh ke???good luck lah to ikan-ikan laga aku....

Ok layannnn.....

Cerita Ikan-ikan ku....

Dah lama aku tak cerita pasal ikan-ikan kesayangan aku tu..firstly aku nak cerita pasal anak ikan guppy aku yang dah meningkat dewasa tanpa mak-mak diaorang...lepas mak-mak guppy tu beranak aku asingkan baby-baby ikan guppy dari mak diaorang haitt!!jangan ingat aku kejam ok tapi tu la caranya supaya baby-baby guppy aku yang baru kenal dunia tu tak mati sebab dimakan oleh mak dia sendiri...tak lama lepas aku asingkan mak-mak guppy dari baby guppy mak-mak guppy pun mati..aku tak tahu la kenapa aku dan my sayang aku cuba jugak cari punca tapi tak tahu la kenapa....mungkin musim panas yang gila-gila ni kot sebab tu diaorang tak tahan atau pun faktor air...entah la,pening aku pikir...rasa hilang semangat jugak la nak teruskan bela si guppy ni....so dipendekkan cerita guppy dewasa aku sekarang tinggal empat ekor dan guppy remaja aku tak tahu la berapa...huhuhuh...sedih wow!!

Ok tak nak cerita pasal guppy dah mau cerita pasal ikan laga pulak..ikan kesayangan aku!!sekarang ni my sayang aku tengah usaha untuk 'kahwinkan' ikan laga betina dan jantan....dekat seminggu jugak la tunggu tapi diaorang macam buat "dekk" je DAN malam ni aku dapat tengok sendiri ikan laga aku tu kahwin!!yeaaa!!!suka beb...rupa-rupanya kalau nak tengok ikan laga ni dah bersedia nak kahwin adalah bergini :

Tips paliang tepat :
Ikan jantan - Dia dah mula/suka buat buih-buih kat atas permukaan air...menurut kata-kata pakar dia buat buih kat atas permukaan air adalah untuk letak telur-telur dia lepas ikan betina bertelur ala senang cerita sarang dia la untuk melindungi telur-telur dia..
Ikan betina - Untuk mengetahui lebih tepat ikan betina sedia untuk mengawan adalah dengan melihat belang-belang putih timbul di permukaan badan dia,so time tu nak 'kahwin'kan da boleh la...

So sesiapa nak mencuba selamat mencuba k!sabar tu penting

Minggu lepas ada seekor ikan laga aku mati..sedih lor kan tapi nak buat macam mana dah ajal dia bangun pagi masa nak bagi makan tengok dia tak bergerak dah...huhuhu,tapi yang syok nya my sayang aku da gantikan dengan ikan baru best-best....semuanya empat ekor...tiga ekor laga biasa seekor laga siam...





ikan pertama aku yang warna oren




kuning biru...lawa!


biru merah...wow!
 Ok tadi aku cakap ikan laga yang baru aku beli empat ekor kan tapi gambar nya ada tiga je...ikan laga siam aku tu my sayang aku tengah 'kahwinkan' so gambarnya aku post lain kali la ya...

ok la ciao dulu....layan k...